TNGD naik taraf fungsi tambah nilai

TNGD naik taraf fungsi tambah nilai

TNGD naik taraf fungsi tambah nilai
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) menaik taraf semua fungsi tambah nilai perbankan dalam taliannya melalui Touch ‘n Go eWallet daripada FPX kepada pemindahan DuitNow berkuat kuasa 31 Julai lalu.

Peningkatan ini menawarkan pengguna kaedah yang mudah dan selamat untuk mengisi semula eWallet mereka terus daripada aplikasi atau laman web bank masing-masing.

TNGD melalui kenyataan berkata, nombor akaun DuitNow Touch ‘n Go eWallet juga boleh ditetapkan sebagai favourite pada aplikasi bank dan pilihan transaksi berulang secara automatik.



“Perkhidmatan ini juga membolehkan tambah nilai eWallet daripada serendah RM1, tanpa bayaran atau caj tambahan.

“Di samping itu, peningkatan kepada perkhidmatan DuitNow ini adalah langkah keselamatan tambahan yang memberikan ketenangan kepada pengguna dan dengan ketara mengurangkan risiko maklumat dibocorkan pihak ketiga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?




“Untuk persediaan kali pertama, pengguna perlu memasukkan nombor akaun DuitNow eWallet mereka dalam aplikasi atau laman web bank, pilih jumlah tambah nilai pilihan mereka, sahkan urus niaga dan simpan butiran sebagai ‘favourite’ untuk urus niaga masa hadapan.

“Pengguna juga digalakkan untuk menetapkan transaksi berulang untuk kemudahan mereka,” katanya.

Sementara itu, TNGD berkata usaha ini menandakan komitmen berterusan pihaknya untuk menyediakan platform mudah dan selamat untuk semua transaksi harian dan keperluan kewangan kepada penggunanya.

TNGD naik taraf fungsi tambah nilai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading