Lima warga China jalankan pusat judi dalam talian diberkas

05/12/2020 12:38 PM

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Lima warga China diberkas kerana disyaki menjalankan pusat perjudian dalam talian di Taman Sri Sentosa semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata kesemua suspek ditahan hasil serbuan ke atas sebuah rumah di Riverville Residensi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, selepas mendapat maklumat pada 6.50 petang.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan polis di premis tersebut mendapati seramai tiga lelaki dan dua wanita warga China disyaki sedang menjalankan perjudian dalam talian.

“Polis juga merampas lapan buah komputer riba, satu set komputer, 42 telefon bimbit pelbagai jenama, dan 18 pemacu luaran (External Drive) serta barang elektronik lain yang digunakan untuk menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Anuar Omar berkata siasatan lanjut dan analisis ke atas komputer-komputer yang dijumpai oleh pakar perjudian bersama pegawai dan anggota forensik dari Bukit Aman mendapati wujud unsur-unsur disyaki berkaitan perjudian dalam talian.

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Tujuh ahli kumpulan samun ‘Didek’ diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker