COVID-19: Pemeriksaan khusus terhadap mangsa banjir hidap selesema

Hebahkan !!!


Gambar fail

05/12/2020 02:42 PM

KOTA BHARU, 5 Dis — Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan memberi tumpuan khusus terhadap mangsa banjir yang menghidap selesema bagi membendung penularan COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata dalam situasi sekarang, setiap mangsa banjir yang ditempatkan di PPS akan dilakukan ujian saringan lebih ketat sekiranya mengalami selesema, yang merupakan antara simptom jangkitan COVID-19.

“Sebelum ini penyakit bawaan air seperti penyakit kulit, batuk, demam dan selesema adalah penyakit biasa tetapi dalam keadaan pandemik COVID-19 sekarang, kita kena buat pemeriksaan khusus terutama bagi mangsa yang menghidap selesema, sebelum ia berleluasa.

“Kita juga membuat penyelarasan dengan pihak hospital, agensi dan daerah yang terlibat bagi membendung penyakit berjangkit ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata situasi banjir kali ini berbeza kerana pelbagai prosedur operasi standard (SOP) perlu disediakan dalam berdepan pandemik COVID-19.

“Bilangan kakitangan yang bakal ditempatkan di PPS bergantung kepada keperluan di situ. Jabatan mempunyai 14,000 kakitangan termasuk anggota bukan anggota perubatan dan setakat ini tidak ada masalah dan mencukupi,” katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: