“I Missed Pakatan Harapan” – MB Perak Selepas Tumbang Undi Percaya

MB Perak Sampaikan Bantuan Sekolah Persendirian Cina

Peja Azumu

Dato Seri Faizal Azumu tetap mengukir senyuman ketika menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Perak kepada Sekolah Persendirian SUWA (Cina) walau semalam kalah dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri.

Peja Azumu



Dengan hanya mendapat 10 undi semalam, Menteri Besar Perak kehilangan sokongan daripad Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) berbanding 48 undi tidak menyokong manakala 1 berkecuali.

Punca Kejatuhan Peja

Kemelut yang melanda Perak turut diperkatakan netizen. Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak semalam menulis dalam facebook berkaitan penjualan tanah ladang menjadi antara punca ‘Peja’ hilang sokongan. Netizen pula mula menyiarkan petikan berkaitan penerokaan tanah yang dikatakan ada kaitan dengan Kerajaan Perak di bawah pentadbiran PPBM. Malah ada netizen turut mendakwa penjarahan seluas 746 ekar tanah di Perak diberikan kepada kroni kroni kalangan PPBM.

Dalam pada itu, naratif yang dimainkan ‘cybertroopers’ PPBM dan pro PPBM mula menyerang Umno di media sosial. Mereka mengaitkan kerjasama antara Umno dan DAP terjalin bagi menjatuhkan MB Perak. Mungkin perlu diingatkan sebelum terbentuk Perikatan Nasional, PPBM merupakan sekutu kuat DAP dalam Pakatan Harapan. Hanya dengan sokongan Umno Perak, Peja kembali menjadi MB Perak apabila Pakatan Harapan tumbang dan PPBM memutuskan kerjasama dengan DAP serta Pakatan Harapan bagi membawa haluan baru politik Perak.

Tuduhan Terhadap Umno

Menggambarkan kerjasama Umno-Dap menjatuhkan sebuah kerajaan Melayu Islam sebagai ketamakan Umno untuk berkuasa membuka pekung sebenar PPBM. Sebagai rekod, Umno adalah satu-satunya parti yang TIDAK PERNAH menjalinkan sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan DAP tetapi PPBM membuktikan mereka pernah berkerjasama dengan DAP sepanjang 22 bulan pemerintahan PH. PPBM juga pernah mengerah jentera pilihanraya mereka membantu DAP dalam pertembungan Prk Cameron Highlands manakala di Semenyih, DAP pula membantu PPBM sama seperti di Prk Tanjung Piai. 



Menarik sekali apabila MB Perak hilang sokongan, kini Umno merupakan dominan dalam senarai kerusi DUN Perak.

  • Umno (BN) – 25
  • Dap – 16
  • Amanah – 5
  • Pkr – 3
  • Pas – 3
  • Ppbm – 1 + 4 (lompat)
  • Gerakan – 1
  • Bebas – 1

Masih belum diketahui siapa akan menggantikan Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak selepas ini. Wakil Pakatan Harapan dikhabarkan telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak sebelah pagi tadi dan sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mana mana pihak.

Punca Kejatuhan MB Perak – Kerajaan Perak didesak tidak jual Ladang PT Pinang

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button