INTAN LADYANA DILAMAR? – HARRIS ALIF ‘KUNCI MULUT’

Kisah percintaan antara pelakon dan pengacara Harris Alif, 21, dan pelakon Intan Ladyana, 38, yang berbeza usia 17 tahun itu sebelum ini hangat diperkatakan. Bagaimanapun ia tidak menghalang Harris dan Intan untuk terus menjalin hubungan cinta.

Terbaru, Harris dilihat ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagram dimana memaparkan dia memegang kotak bersama cincin, seolah sedang melamar seorang wanita, namun tidak ditunjukkan wajahnya.

Menerusi perkongsian itu, Harris turut menyertakan kapsyen mengharapkan semoga cinta mereka mekar untuk selamanya: “Semoga cinta kita mekar selamanya. ❤️,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, timbul spekulasi Harris mengambil keputusan untuk melamar kekasihnya. Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara itu, rata-rata rakan selebriti netizen mengucapkan tahniah.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Hasil tinjauan di Instagram Intan, pelakon itu dilihat ada memuat naik gambar memakai baju berwarna merah jambu yang sama seperti Haris menerusi foto yang dikongsikan.

Harris ketika dihubungi bagaimanapun mengunci mulut ketika bertanyakan sama ada dia sudah melamar dan bakal berkahwin dengan Intan dalam masa terdekat: “Maaf, buat masa ini saya tak mahu komen mengenainya,” jawabnya ringkas.

Ditanya mengenai kesediaan menggalas tanggungjawab sekiranya bakal bergelar suami pada usia muda, Harris tidak merasakan ia sebagai satu faktor penghalang.



Image_3.jpg

“Kalau bercakap pasal tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata, tak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri.

“Tak semestinya umur seseorang itu muda dia tidak bertanggungjawab, dan tidak semestinya jika seseorang itu dewasa atau tua bermaksud dia bertanggungjawab, soal tanggungjawab ini terpulang pada diri sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Harris mengatakan dia lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan Yang Maha Esa: “”Bab sebegini saya serahkan kepada kuasa Allah, kalau ada jodoh saya, Insya-Allah ada lah, saya terima sahaja, kita doakan sahaja perkara baik-baik. Kalau ada apa-apa perkembangan, sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini,” tuturnya menutup bicara.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

SELEPAS IBU, BAPA & ADIK BONGSU – KINI DATUK ALIF SATAR PULA POSITIF COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker