Kes COVID-19 AS lepasi 14 juta

Hebahkan !!!

04/12/2020 12:48 PM

NEW YORK, 4 Dis — Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencecah 14 juta pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua menurut data Johns Hopkins University.

Kes meningkat kepada 14,012,378, dengan jumlah 274,648 kematian, pada jam 2.26 petang waktu tempatan (1926 GMT).

California baru-baru ini menggantikan Texas dengan mencatat kebanyakan kes berjumlah 1,271,722. Texas melaporkan 1,270,537 kes, kedua terbesar mengikut negeri.

Setakat ini, AS kekal negara paling teruk dilanda pandemik ini, dengan kebanyakan kes dan kematian di dunia, mencecah lebih 21 peratus daripada jumlah kes global.

Kes harian AS mencecah 200,070 pada Rabu, kenaikan sehari kedua tertinggi dalam kes baharu di seluruh AS sejak pandemik itu bermula.

Ia juga menandakan kes harian melonjak melebihi 100,000 untuk 30 hari berturut-turut sejak awal November dengan 2,804 kematian harian berkaitan COVID-19.

Leave a Reply

%d bloggers like this: