Lelaki ditemukan mati ketika minta sedekah
05/12/2020 05:56 PM
KUALA NERUS, 5 Dis — Seorang lelaki berusia 52 tahun ditemukan mati di Dataran Austin di sini pada kira-kira 12 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berkaitan insiden itu pada 12.30 tengah hari.
“Saksi berkata lelaki tersebut adalah seorang peminta sedekah yang berada di luar pekarangan sebuah bank sebelum tiba-tiba rebah.
“Hasil pemeriksaan pasukan kesihatan mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL