LKIM peruntuk RM100,000 untuk projek siput sudu di Sungai Tiram


Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

05/12/2020 05:30 PM

BUKIT GANTANG, 5 Dis — Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan RM100,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi bagi melaksanakan ternakan siput sudu atau kupang di Sungai Tiram, dekat sini tahun hadapan.

Pengerusi LKIM Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata permintaan siput sudu tidak mencukupi terutama di kawasan utara negeri Perak dan bagi tujuan itu, pihaknya menyediakan dana serta khidmat nasihat untuk membantu persatuan nelayan menceburi bidang agroperikanan yang berpotensi ini.



Katanya, pihak PNK akan menyediakan sebanyak 1,800 set tali bagi menternak dan membiakkan siput sudu di enam petak yang disediakan.

“Siput sudu yang diternak memerlukan enam bulan untuk membiak dan projek sedia ada di Sungai Tiram ini menghasilkan pengeluaran 1.5 tan seminggu untuk 100 set tali.

“Permintaan itu masih tidak mencukupi dan saya melihat industri ini boleh berkembang pada skala yang lebih besar,” katanya dalam sidang media ketika mengadakan lawatan ke pusat ternakan siput sudu di Sungai Tiram dekat sini, hari ini.

Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata industri itu mampu memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama ketika mendepani pandemik COVID-19.



“Ramai anak muda dulu kerja di bandar kini pulang ke kampung kerana diberhentikan kerja. Jadi mereka boleh berkecimpung dalam penternakan siput sudu atau ikan dalam sangkar,” katanya.

Polis lepas dua tembakan dalam serbuan rumah di Sungai Siput



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button