Tujuh ahli kumpulan samun ‘Didek’ diberkas polis


ACP Mohamad Farouk Eshak

04/12/2020 11:46 PM

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Polis menahan tujuh ahli kumpulan Didek yang disyaki melakukan samun, peras ugut dan pecah masuk kedai di sekitar Daerah Ampang Jaya dari 26 hingga 29 November lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata kesemua mereka terdiri daripada rakyat tempatan itu ditahan dalam operasi khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sekitar Kuala Lumpur dan Ampang Jaya pada 26 hingga 29 Nov.



“Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 27 hingga 42 tahun dan ujian air kencing mendapati mereka semua positif dadah jenis ‘methamphetamine’.

Ketujuh-tujuh suspek mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah serta dua daripada mereka mempunyai rekod membabitkan hukuman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata dalam operasi khas itu polis merampas dua kereta, dua pisau, satu peket dadah disyaki syabu dan satu biji pil disyaki ‘Erimin 5’ dan pelbagai jenis telefon bimbit.

Beliau berkata dengan penahanan ahli kumpulan itu, polis percaya dapat menyelesaikan satu kes peras ugut, empat kes samun dan dua kes pecah kedai di Daerah Ampang Jaya dan kawasan bersempadan dengan daerah itu.



Tiga lelaki ditahan samun dua beradik hingga cedera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button