Undi Percaya- Terbongkar Pengkhianat Melayu Islam Di Perak?

Rakyat mengkaji dan melihat sejarah silam sebagai pengajaran, sejarah keangkuhan, keegoan dan lupa diri dikalangan pemimpin politik dalam negara ini.  Baru baru ini kita dikejutkan dengan undi percaya yang diusulkan oleh ADUN UMNO didalam sidang DUN Perak. Usul percaya tersebut adalah untuk memastikan  seseorang pemimpin atau peneraju sebuah kerajaan mempunyai sokongan atau sebaliknya.

Dalam hal ini, kesetiaan sesuatu parti atau gabungan akan teruji  melalui undian yang akan dilaksanakan.  Kesetiaan ini yang akan menentukan gabungan atau parti yang sedia ada  dalam keadaan yang terbaik ketika sokongan mereka diperlukan.

Muafakat Nasional telah terbentuk dari kesefahaman PAS dan UMNO dan piagam perjanjian telah pun dimeterai bersama. Kejituan kesefahaman PAS dan UMNO telah diuji dalam undi percaya  didalam sidang DUN Perak yang mana telah memperlihatkan hasilnya. Siapa yang setia dan siapakah yang berpaling tadah.

Sudah beberapa bulan kerajaan PN memerintah negara, kehadiran PAS seperti “orang mengantuk disurungkan bantal” dalam PN. Pemimpin PAS ditimang setinggi tingginya sehingga seakan sudah lupa dengan rakan Muafakat Nasional iaitu UMNO. Peringatan demi peringatan kepada PAS tentang kewujudan MN dan piagam yang dimenterai bersama.



Undi percaya  telah menunjukkan sikap PAS yang sebenarnya, PAS sanggup membelakangkan rakan MN dan menyokong undi percaya, Walaupun hanya  tiga kerusi, tetapi ianya menunjukkan pendirian PAS yang berada dipuast yang sudah amat selesa dengan apa yang mereka kecapi sekarang bersama PN. Malah  mereka dikalangan pemimpin PAS boleh mengarahkan UMNO memberikan penjelasan isu yang menjentik PPBM.

NAMPAKNYA, PAS mahu membayangkan kepada rakyat bahawa mereka “tidak tahu apa-apa” mengenai gerakan menukar Menteri Besar Perak. Hakikatnya, PAS bukan sekadar dimaklumkan, malah sudah menyertai siri perundingan dan amat memahami sebab-sebab mengapa gerakan ini perlu dilakukan.

Justeru, keputusan PAS enggan menyertai kerajaan dengan alasan mereka ‘tidak dibawa berbincang’ hanyalah satu lagi helah untuk menggambarkan UMNO parti yang mengkhianati PN. Realitinya, jika kita mengimbas sejarah politik Perak, UMNO sudah berdepan beberapa siri pengkhianatan oleh PAS.

Tahun 2008
Keputusan PRU-12 menyaksikan UMNO memenangi 28 kerusi manakala PAS 6 kerusi. Ketika itu, perundingan dilakukan untuk membolehkan PAS menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu dengan 34 kerusi.



Bagaimanapun, PAS ketika itu tampil dengan pendirian dan feqah politik mereka bahawa “lebih baik besama kafir yang adil, daripada bekerjasama dengan orang Islam yang zalim”. Lalu mereka memilih untuk bersama DAP menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 11 bulan.

Tahun 2018
Keputusan PRU-13 menyaksikan UMNO memenangi kerusi paling banyak iaitu 27 tetapi tidak dapat menubuhkan kerajaan. PAS yang menang tiga kerusi sekali lagi berpeluang untuk menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu Islam bersama UMNO.

Selepas perundingan dilakukan, tiga ADUN PAS menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk bersama menubuhkan kerajaan. Bagaimanapun, selepas hanya 2 jam menandatanganinya, PAS membuat kejutan dengan menarik diri sehingga membolehkan Pakatan Harapan yang didominasi DAP berjaya menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 22 bulan.

MAC 2020
Pada Mac 2020, setelah kerajaan PH jatuh, UMNO dan PAS yang bergabung atas platform Muafakat Nasional telah bersetuju menamakan ADUN UMNO sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun PAS menukar pendirian pada saat-saat akhir sehingga ADUN parti minoriti dilantik sebagai MB. UMNO akur dengan keputusan Istana dalam pelantikan Menteri Besar.

Kali ini, UMNO sekali lagi dikhianati apabila ketika usaha menukar Menteri Besar dilakukan, PAS menjadi yang pertama mengeluarkan kenyataan terbuka untuk tidak akan menyertai UMNO menubuhkan kerajaan baharu.

Tertanya dalam konteks negeri Perak, PAS adalah pengkhianat sebenar terhadap penubuhan kerajaan Melayu Islam. Merekalah pisau belati yang menikam rakan dari belakang.

PAS tidak boleh dipercayai. Sejarah parti itu menunjukkan mereka khianati semua rakan mereka. 1976 mereka khianati BN. 1990 mereka khianati Angkatan Perpaduan Ummah, 2001 mereka khianati Pakatan Rakyat. Kini roda berputar dan mereka khianati UMNO sekali lagi atas nama Feqah politik mereka

Isu usul undi percaya, tidak percaya dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker