Banjir di selatan Thailand: Angka korban meningkat kepada 17 orang


Pix source: https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2029539/heavy-rain-flash-flood-warnings-for-south

05/12/2020 06:31 PM

BANGKOK, 5 Dis — Banjir di Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand meragut 17 nyawa dan merosakkan lebih 100,000 hektar kawasan tanaman dan ternakan ikan susulan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari.

Banjir itu telah merosakkan jambatan, jalan raya dan infrastruktur lain di wilayah Nakhon Si Thammarat, kawasan paling teruk terjejas di selatan Thailand, serta menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang terkesan.



Gabenor Nakhon Si Thammarat Kraisorn Wisitwong berkata sejumlah 144,000 hektar tanaman dan 32,000 kawasan ternakan ikan di wilayah itu turut terjejas.

“Saya dimaklumkan bahawa empat lagi mayat telah ditemukan di Nakhon Si Thammarat pagi tadi, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 17 orang,” katanya.

Beliau berkata meskipun cuaca bertambah baik dan hujan sudah berhenti, air pasang menyebabkan kawasan rendah dan rawan banjir masih dilanda bencana itu.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand, enam wilayah di selatan Thailand iaitu Surat Thani, Phattalung, Songkhla, Krabi, Trang dan Nakhon Si Thammarat kekal ditenggelami air.



Media tempatan melaporkan bahawa beberapa penduduk kampung telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara seperti kuil dan sekolah susulan paras air yang masih tinggi.

Banjir di selatan Thailand ragut tiga nyawa, lebih 260,000 keluarga terjejas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button