NABILA ADA MASALAH PETI SUARA – DOKTOR NASIHAT REHAT PANJANG

Akibat masalah peti suara, penyanyi Nabila Razali memberitahu dia berkemungkinan akan berehat lebih lama mengikut yang disarankan oleh doktor yang merawatnya.

Jelas Bella, dia terpaksa mengehadkan aktiviti seninya dan berada dalam pemantauan doktor sehingga betul-betul pulih: “Ada banyak punca kepada masalah peti suara namun doktor sendiri pun tidak dapat menentukannya, kita sebagai penyanyi yang tahu.

“Bagi saya, ia kesan daripada saya bekerja terlalu kuat sampai lupa rehat. Ia juga berpunca daripada cara nyanyian kita yang tiada teknik dan ada faktor lain juga seperti pemakanan. Saya masih boleh bekerja cuma terpaksa bataskan penggunaan suara.



“Doktor menasihatkan saya berehat seberapa lama mungkin tetapi memandangkan karier seni memerlukan fizikal dan suara, saya teruskan mana yang mampu. Tapi kalau boleh kata doktor berhenti kejap supaya boleh pantau keadaan saya cuma tidak diberitahu berapa lama,” kata Bella.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Tambahnya, menurut pemerhatiannya sebelum ini, ada antara penyanyi yang perlu berehat lama hingga memakan masa bertahun: “Ada penyanyi pernah kena sampai ada setahun tak menyanyi langsung, duduk rumah. Jadi, saya dan pengurusan sudah berbincang dan terpaksa mempertimbangkan tawaran termasuk lakonan untuk saya punyai masa berehat.



“Ada juga lakonan yang memerlukan saya menjerit-jerit dan gaduh-gaduh terpaksa dibincangkan semula untuk memilih mana yang sesuai. Jujur cakap banyak yang terpaksa saya tolak,” tambahnya.

Minggu lalu, Bella menerusi pengurusannya memaklumkan penyanyi dan pelakon itu terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) akibat masalah kotak suara.

Image_3.jpg

Berhenti bukan sebab merajuk – Sheila Rusly



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button