BELUM BERTEMU JODOH – ZIZAN ENGGAN BUANG MASA ‘DATING’, BERI KATA-KATA MANIS
Pelawak dan pelakon Zizan Razak nampaknya masih membujang meskipun semua wanita yang dikatakan pernah dikaitkan dengannya sudah berumah tangga.
Tidak menafikan mahu berkahwin apatah lagi usia sudah menginjak 36 tahun, pelakon filem ‘Polis Evo’ ini bagaimanapun menganggap jodoh belum sampai.
“Tiada siapa yang tidak mempunyai perasaan mahu berkahwin. Cuma buat masa ini, saya banyak menghabiskan masa dengan perkara yang memberi keuntungan seperti berniaga,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Zizan berkata, andai diketemukan dengan gadis pilihan, dia enggan membuang masa menjalin hubungan. Sebaliknya, Zizan mahu terus berkahwin.
“Kalau kata sudah berjumpa keluarga masing-masing dan semuanya okay, saya akan berkahwin tanpa membuang masa. Saya tidak mahu membuang masa dengan keluar ‘date’, beri kata-kata manis dan sebagainya,” tuturnya.
Akui Zizan, dia ada bertemu wanita yang menarik perhatiannya: “Kadang-kadang saya tengok wanita, timbul perasaan suka. Tetapi untuk mencuba, nanti dahululah sebab takut merosakkan persahabatan. Saya takut hubungan tidak jadi, lalu persahabatan hancur. Akhirnya, jadi kawan sahaja,” ujarnya.
Zizan tidak menafikan pernah menyerahkan soal jodoh kepada keluarganya: “Emak pernah beritahu suka seorang gadis. Saya cuba berkenalan tetapi kemudian saya berfikir, kalau berkahwin tanpa perasaan, bagaimana?
Justeru, Zizan memohon peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya, sama dengan perniagaan yang diusahakan sekarang. Zizan berharap perniagaan baharu yang diceburi, iaitu snek jenama Dorylicious dapat membantu orang ramai yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Saya sudah hidup 36 tahun. Andai saya mahu memperjudikan kehidupan saya kepada orang yang saya tidak cinta, risau juga. Sekarang saya mahu bantu orang berniaga. Siapa yang mahu cari duit lebih dan hilang pekerjaan, boleh menjadi agen Dorylicious,” jelasnya.
SUT, ‘BOW-TIE’ – AZWAN ALI DIPUJI BARULAH ‘JANTAN’, DIDOA BERTEMU JODOH DENGAN ZIANA ZAIN