Jaguh maraton maut kemalangan

Oleh – Syeikh Baran


Jaguh maraton maut kemalangan
KELVIN Kiptum disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan.-AFP

Berita sedih menyelubungi sukan maraton apabila pemegang rekod dunia sukan tersebut, Kelvin Kiptum disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di barat Kenya malam tadi.

Lebih menyedihkan, jurulatih Kiptum, Gervais Hakizimana turut terkorban dalam nahas tersebut selepas kereta yang dipandu Kiptum dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.



Kiptum, 24 tahun, dianggap pencabar kepada rakan negaranya, Eliud Kipchoge selepas memecahkan rekod dunia milik Kipchoge di Chicago pada Oktober lalu dengan catatan dua jam 35 saat.

Pemergian tragis tersebut turut mendapat perhatian Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe sekali gus memberi penghormatan kepada atlet berbakat besar itu.

“Kami benar-benar terkejut dengan berita ini dan amat sedih apabila mengetahui kehilangan Kiptum dan Hakizimana. Kiptum seorang atlet yang luar biasa dan dia meninggalkan warisan yang luar biasa,” kata Coe.

Menurut pihak berkuasa tempatan, Kiptum dan jurulatihnya terlibat dalam kamalangan kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan selepas kereta yang dipandu Kiptum hilang kawalan dan kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading