MICHAEL ANG KRITIK NORANIZA IDRIS: “FIRST TIME DENGAR LAGU HINDUSTAN DENGAN SUARA SENGAU!”

Konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) telah pun melabuhkan tirainya apabila ia menyaksikan tiada penyingkiran, sekaligus melayakkan kesemua 7 bintang mara ke pentas akhir, Ahad depan.

Bagaimanapun, para penonton sudah pasti mempunyai reaksi dan telahan sendiri mengenai persembahan bintang yang bersaing dalam pusingan semi final GV7.

Tidak ketinggalan, pengarah dan penerbit Michael Ang juga ada memberikan pandangan terhadap persembahan kedua penyanyi Noraniza Idris yang menyampaikan lagu Bollywood, ‘Chaiyya Chaiyya’ nyanyian asal Sukhwinder Singh, Sapna Awasthi (petikan filem Dil Se).



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kongsi Michael menerusi laman media sosial Twitter miliknya, persembahan Noraniza padanya kurang memuaskan minggu ini: “Omg my fav Hindustan songs Di bunuh dgn kejam oleh noraniza!!!!! Kenapa la nak pergi nyanyi Hindustan!!!

“First time dengar lagu Hindustan dgn suara sengau! Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring!” tulisnya memberikan pendapat.



Selain Noraniza, Michael juga dilihat turut memberi reaksi terhadap persembahan beberapa bintang lain yang turut bertanding menerusi platform sama. Terdahulu, markah Noraniza antara tiga terendah malam tadi iaitu sebanyak 55.10 peratus.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

SELEPAS 10 TAHUN ‘BOTAK’, MICHAEL ANG TANAM RAMBUT: “USTAZ KATA TAK HARAM…”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button