PIERRE ANDRE DEDAH DIUGUT JANGAN MENGARAH, DIKATAKKAN TIDAK LAYAK

“Mak saya pernah kena ugut. Orang itu menghubungi mak dan beritahu, jangan bagi Pierre mengarah sebab dia tak layak!” demikianlah kata pelakon Pierre Andre.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Pirre menerusi saluran YouTube miliknya sendiri, Andre Brothers Pictures, setelah hampir empat tahun menyepikan diri daripada industri perfileman tanah air.

Menerusi satu video, Pierre mendedahkan dia dan ibunya, Khatijah Tan pernah diugut oleh individu tidak dikenali ketika kali pertama mengarah filem. Ketika itu dia dipertanggungjawab untuk mengarah filem pertamanya, ‘9 September’.



Bagaimanapun, Pierre memberitahu ibunya menasihatkannya supaya tidak mempedulikan ugutan itu dan teruskan mengarah. Ujarnya, ada yang rasa takut kerana dia tidak ada latar belakang dalam perfileman.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Mak saya cakap tak payah pedulikan pasal ugutan itu. Teruskan buat apa yang saya nak buat. Ada juga rasa takut sebab saya bukan ada latar belakang dalam filem tapi cuma pelakon yang ada sedikit ilmu dalam lakonan,” ujarnya.



Berkongsi pengalamannya sebagai pengarah buat kali pertama, Pierre berkata, banyak ujian dan dugaan antaranya rasa gemuruh pada hari pertama penggambaran serta pemergiaan datuknya.

“Pada hari pertama, dugaan sebagai pengarah adalah rasa menggigil kerana gemuruh. Masuk hari ketiga, datuk saya pula meninggal dunia. Tapi, saya perlu profesional dan selesaikan kerja sebelum uruskan urusan peribadi,” tuturnya

Untuk makluman, Pierre mengarahkan filem ‘9 September’ yang ditayangkan pada 2007 dan pada masa sama bertindak sebagai penulis skrip.

ANJURKAN MAJLIS CUKUR JAMBUL – FARAH NABILAH DEDAH WAJAH ANDRE OMAR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button