Geng pecah kedai kena tahan

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

Ampang Jaya: Polis menahan tiga lelaki yang terbabit dalam kes pecah pusat servis kereta di daerah ini menyebabkan kerugian RM30,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan tiga suspek susulan laporan polis dibuat berkaitan pusat servis kereta dipecah masuk.

Menurutnya, premis terbabit ditutup dalam keadaan baik dan berkunci pada 6.30 petang 5 Ogos lalu.



“Bagaimanapun pada 7.50 pagi keesokannya, pekerja pusat servis kereta datang mendapati premis terbabit dalam keadaan berselerak dan dipecah masuk.

“Susulan itu, polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Shah Alam semalam yang mana suspek pertama memiliki lapan rekod jenayah lampau manakala suspek kedua satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis juga berjaya merampas barang yang dilaporkan hilang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi tindakan selanjutnya.

“Polis berjaya menyelesaikan empat kes pecah kedai di dalam daerah Ampang Jaya, Subang, Sungai Buloh dan Alor Gajah, Melaka.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan,” katanya.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading