BILA SAJAT MAHU BERLAKON SEMULA, KALI INI NAK BAWA WATAK KOMEDI

“Mungkin ramai yang tak tahu sebelum ini saya pernah terbabit filem ‘Ophilia’. Pengalaman tersebut antara kenangan manis, cuma ketika itu saya sibuk dengan komitmen lain termasuk perniagaan yang baru saja berjalan.

“Jadi selepas lebih enam tahun rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke lokasi penggambaran. Kalau boleh mungkin selepas ini nak cuba watak komedi pula.

“Tak mahulah terlalu memilih pula. Yang penting kalau ada tawaran yang sesuai, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik. Saiapa tahu boleh meletop nanti kan?” kata usahawan kosmetik, Nur Sajat yang menyuarakan hasratnya untuk kembali dalam dunia lakonan.

Sajat pernah berlakon menerusi filem berjudul ‘Ophilia’ yang turut menampilkan Pekin Ibrahim dan Que Haidar pada 2014. Menurut Sajat, dia merasakan ini masa yang sesuai untuk kembali berlakon selepas enam tahun. Kata Sajat jika diberi peluang dia mahu membawa watak komedi pula.

Mengulas mengenai cawangan kedai emasnya, Nursajat Gold di Shah alam yang telah dipindahkan ke Dataran Sunway, Petaling Jaya Selangor, Sajat berkata sambutan yang diterima masih baik.

BILA SAJAT TERIMA UCAPAN SELAMAT HARI LELAKI SEDUNIA DARIPADA NETIZEN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker