“BUKANKAH ITU SATU KEAIBAN BUAT DIRI SAYA” – PU ABU KESAL KISAH CERAI DIUNGKIT

“Ada seseorang tunjuk saya pasal content video ni, ustaz ni dia memberikan komentar terhadap isu yang viral baru-baru ini berkaitan pendakwah selebriti yang ditahan atas salah laku jenayah. Tapi bukan itu yang saya terpanggil, isu yang buat saya terpanggil adalah apabila beliau menyebut ada seorang PU ka PV cerai isteri.

“Saya jadi hairan isu ni hampir setahun lebih berlalu tetapi masih juga disebut. Bukankah itu satu keaiban buat diri saya. Lebih-lebih lagi ustaz ini memberi komentar di dalam masjid, di tempat yang mulia.

“Nabi memberikan peringatan kepada kita barang siapa yang menutup aib saudaranya Allah akan menutup aibnya di akhirat,” tulis pendakwah bebas, PU Abu Sufyan Mokhtar, 26, menerusi sebuah entri di Instagram Stories yang meluahkan rasa kesal dengan seorang ulama yang mengungkit kesilapan silamnya menceraikan isteri ketika sedang hamil pada tahun lalu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menurut Abu Sufyan, perkara itu tidak perlu diperkatakan lagi kerana membuka aibnya. Sementara itu, Abu Sufyan atau nama sebenarnya, Mohamad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menegaskan bahawasanya pendakwah itu tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu dengan menjaja aib orang lain.

“Sebagai pendakwah seharusnya memberikan didikan kepada masyarakat untuk lebih menjaga aib saudaranya, bukan kita sendiri yang ajak masyarakat untuk cerita aib saudaranya. Apapun saya bersyukur sebab saya tak pernah melayangkan jari tengah ketika ceramah di masjid,” katanya lagi.



PU Abu Dikecam Kerana Terjebak Dengan TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button