“DIA BUKAN ISTERI, MAK BAPAK SAYA UNTUK KAYAKAN” – ALIFF SYUKRI NAFI DAKWAAN WANI COMEL
Sebelum ini, Wani Comel baru-baru ini telah membuat sidang akhbar dan mendakwa dipergunakan oleh Datuk Aliff Syukri, selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan kosmetik itu.
Wani juga mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan tidak menerima apa-apa seperti yang dijanjikan oleh usahawan kosmetik berkenaan. Isu tersebut sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan.
Enggan isu itu terus berpanjangan, Aliff Syukri tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi sidang media petang semalam yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara dengan menafikan dia menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada gadis itu dan segala tuntutan yang didakwa itu tidak pernah ada dalam kontrak.
Malah, menurutnya, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim bukanlah isteri mahupun ibu bapanya untuk dijaga dengan kemewahan.
Klik untuk gambar besar
“Saya sama sekali tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, nak bagi rumah, kereta mahupun kekayaan. Dia bukan isteri saya bukan mak bapak saya untuk saya kayakan. Anda semua boleh fikir logik, segala permintaan dia di luar jangkauan,” jelasnya.
Tambah Aliff, dia juga menafikan perjanjiannya untuk menjaga kebajikan ahli keluarga Wani: “Saya hanya membantu adik Wani bukan keluarga. Keluarga dia ada kaki tangan dan boleh berjalan.
“Saya sudah berbelanja ratusan ringgit termasuk mendapatkan khidmat jurulatih, tempat tinggal, makanan tambahan atau supplement. Siap ada tukang masak untuk menjaga permakanannya. Bukan sehari dua ya tetapi berbulan.
“Itu pun dia curi-curi beli makan kat luar tanpa pengetahuan. Dia bukannya orang gemuk biasa-biasa tetapi bersaiz super. Niat saya hanya nak bantu dia berjalan, supaya Wani boleh bantu semula ibu dia,” ujarnya.
Jelas Aliff, ketika dunia berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, dia faham ramai yang terkesan dari segi kewangan: “Tapi janganlah ambil jalan pintas, carilah kerja, senang-senang meminta. Carilah kerja kaki dah ada tangan dah ada. Perlu diingatkan saya bukan rumah atau pusat kebajikan,” tuturnya.
Ditanya mengenai perjanjian bayaran RM3,000 secara bulanan, Aliff menjelaskan kesemua itu sudah ditulis pada kontrak tersebut: “Dalam perjanjian tersbeut jelas menyatakan pemberian akan diberi atas budi bicara yang tertera tulis di dalam kontrak,” katanya.
Tidak menolak mengetahui ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dan perniagaannya, Alif berkata, dia tidak teragak untuk membawanya ke pihak berkuasa.
“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi. Sementara itu berkenaan sama yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda,” ujarnya.
Penyanyi lagu Cuba Bahagia ini juga percaya tindakan berani Wani itu adalah kerana hasutan pihak ketiga: “Saya malas nak kacau hidup orang tapi kalau dah sampai mengganggu hidup saya, saya tak akan berdiam. Biarlah isu ini diuruskan oleh peguam. Saya bersedia 200 peratus untuk membawa kes ini ke mahkamah!” tuturnya.
MASUK WAD – WANI COMEL KENA JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU