Pinjam senjata api: Dua lelaki termasuk anggota rela ditahan

08/12/2020 04:40 PM

KOTA BHARU, 8 Dis — Polis Kelantan menahan dua lelaki termasuk seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana meminjamkan senjata api kepada rakannya yang tidak mempunyai lesen.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata mereka ditahan di rumah masing-masing yang terletak di kawasan kampung di Jeli, dekat sini, pada Ahad lepas.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati anggota RELA yang berumur 41 tahun itu meminjamkan senjata api dan peluru miliknya kepada rakannya berumur 45 tahun bagi tujuan memburu haiwan liar sejak tiga bulan lepas.

“Rakan kepada anggota RELA itu ditangkap selepas sepasukan polis membuat serbuan di rumah di Kampung Jeli Dalam kira-kira 8 malam dan menjumpai serta merampas satu laras senjata api iaitu shot gun jenis Harrington dan 68 butir peluru hidup serta 46 kelongsong peluru.

“Susulan itu, polis telah membuat tangkapan lanjut terhadap anggota RELA berkenaan kira-kira 10.30 malam di kediamannya di Kampung Layat yang terletak tidak jauh dari rumah rakannya itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata kedua-dua individu terbabit direman bermula semalam sehingga 13 Dis ini bagi siasatan lanjut, mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

BERAT DUGAAN RELA DITANGGUNG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker