POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN JURURAWAT DAKWA JADI MANGSA PENDAKWAH MUDA
Jika sebelum ini ramai wanita yang membuat laporan polis berhubung dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah muda, terkini nampaknya timbul seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis di Shah Alam berhubung dakwaan yang sama.
Pihak polis mengesahkan menerima laporan wanita berusia 26 tahun merupakan jururawat swasta di Kuala Lumpur mendakwa menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas mula berkenalan dengan suspek pada Mac 2018.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata modus operandi yang dilakukan suspek masih sama dengan berkenalan di media sosial sebelum berpura-pura mengajak keluar makan dan membawa pulang ke rumahnya.
Katanya lagi, pihak polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul bukti serta maklumat berhubung laporan tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, susulan laporan yang dibuat wanita itu, setakat ini pihaknya telah menerima sembilan laporan polis melibatkan pendakwah berkenaan.
Sebelum ini, pendakwah tersebut telah ditahan semasa memberikan keterangan di balai Polis Shah Alam. Namun, tidak lama selepas itu, pihak polis menerima dua lagi laporan di balai Polis Petaling Jaya iaitu pada 29 November dan 30 November.
Susulan laporan tersebut, suspek berusia 25 tahun itu telah direman sekali lagi bermula semalam sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung laporan kedua-dua kes tersebut.
DILANJUTKAN LIMA HARI TAHANAN REMAN – PENDAKWAH SELEBRITI NAFI SEMUA PERTUDUHAN