Bomba bantu angkat remaja 120kg ke rumah tingkat 4

HULU SELANGOR: Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu mengangkat seorang remaja bermasalah obesiti dengan berat badan kira-kira 120 kilogram (kg), ke unit kediamannya di tingkat empat sebuah pangsapuri, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata terdahulu remaja lelaki berusia 13 tahun itu dipercayai menjalani rawatan di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau berkata, remaja itu kemudian dihantar pulang menggunakan ambulans swasta ke rumahnya di sebuah pangsapuri di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

“Bomba menerima panggilan pada jam 7.30 malam sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pihak ambulans swasta meminta bantuan untuk mengangkat remaja itu dari kenderaan berkenaan ke rumahnya di tingkat empat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, pasukan memindahkan remaja terbabit dari pengusung ke beg kanvas dan terus dibawa naik ke unit kediamannya.

“Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengangkat remaja lelaki itu. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.01 malam,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker