Tiga lelaki warga Myanmar bunuh rakan senegara di Batu Gajah

08/12/2020 05:15 PM

BATU GAJAH, 8 Dis — Polis menahan tiga lelaki warga Myammar dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki rakan senegara di rumah kongsi sebuah kilang memproses barangan sisa buangan plastik di Laluan Industri 4, Bandar Baru Siputeh dekat Pusing, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu bermula dengan pergaduhan kecil melibatkan tiga suspek dengan mangsa yang berusia 36 tahun.

“Punca pertengkaran disebabkan keempat-empat pekerja warga Myanmmar tersebut mabuk di rumah kongsi yang didiami oleh kesemua mereka.

“Semasa dalam keadaan mabuk, berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditikam dengan menggunakan sebilah gunting dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian rusuk kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata seorang pekerja kilang warga Bangladesh yang berada di tempat kejadian telah menghubungi majikan dan memaklumkan tentang pergaduhan itu sebelum menghubungi pihak polis.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira 4 pagi Ahad lepas, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah menahan seorang suspek utama berumur 36 tahun semasa dia balik semula ke rumah kongsi di kilang tersebut.

“Hasil siasatan, suspek mengaku membunuh rakannya. Hasil maklumat yang diterima, polis berjaya menahan dua lagi suspek berumur 29 dan 30 tahun di Jalan Bota, Tronoh di sini 8.45 malam, Isnin lepas,” katanya.

Beliau berkata polis telah merampas sebilah gunting dipercayai digunakan dalam kes itu dan suspek utama direman tujuh hari bermula Ahad sehingga Sabtu ini manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Lelaki mati dibunuh ketika minta hutang daripada rakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker