Australia: Pelajar, guru cedera disambar petir

08/12/2020 06:29 PM

SYDNEY, 8 Dis — Sekumpulan 13 pelajar dan dua guru sebuah sekolah di Australia dimasukkan ke hospital selepas cedera akibat disambar petir pada Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kejadian berlaku kira-kita 1.30 petang ketika pelajar berusia antara 10 dan 12 tahun itu sedang bermain di padang.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans Queesland (QAS).

Pengetua Sekolah Leanne Ibell dalam satu kenyataan berkata ketika kejadian pelajar sedang beredar dari padang dan cuaca tidak hujan ketika itu.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker