Himpit penunggang wanita sebelum ragut barang kemas

Himpit penunggang wanita sebelum ragut barang kemas

Himpit penunggang wanita sebelum ragut barang kemas
Antara barang dirampas daripada suspek yang disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut di Seremban sepanjang 2023. – Foto NSTP/ ihsan Polis

SEREMBAN: Polis Kontinjen Seremban menahan dua lelaki dalam Op Rentap, kira-kira jam 7 malam tadi, yang disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut di daerah ini sepanjang 2023.

Difahamkan, modus operandi suspek adalah dengan menyasarkan mangsa wanita yang menunggang motosikal seorang diri di kawasan sunyi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata Op Rentap berkenaan dilancarkan susulan beberapa laporan kejadian ragut membabitkan wanita di Seremban.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban menjalankan Op Rentap kira-kira jam 7 malam tadi dan berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes yang disiasat.

Nanda berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua berkenaan disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut daerah Seremban bagi tahun 2023.

“Modus operandi yang dilakukan suspek dengan memilih wanita yang menunggang motorsikal seorang diri di kawasan sunyi.

“Suspek akan bertindak menghimpit motosikal mangsa, kemudian meragut rantai atau gelang tangan yang dipakai mangsa,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kini sedang ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 21 Februari 2023 dan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Hukuman pemenjaraan selama tempoh maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat,” katanya.

SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Himpit penunggang wanita sebelum ragut barang kemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker