DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM89,144. 03 – NELYDIA SENROSE FAIL RAYUAN

Pelakon Nelydia Senrose baru-baru ini telah tampil memfailkan rayuan, selepas Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur memerintahkannya untuk membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

Menerusi carian sistem mahkamah, Nelydia selaku perayu, menyatakan Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf terhadap fakta bahawa Perjanjian Duta Jenama bertarikh 21 Disember 2018 telah dipenuhi dan pihaknya masih dalam tempoh untuk menyempurnakan terma perjanjian yang belum tamat tempoh.

Dalam pada itu, meneusi rayuan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 Oktober lalu, adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini menyatakan bahawa hakim terkhilaf dalam membuat keputusan apabila gagal memberikan pertimbangan wajar bahawa perayu telah melaksanakan kewajipannya dalam perjanjian yang dimeterai.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Katanya lagi, hakim terkhilaf apabila memutuskan bahawa perayu perlu membayar ganti rugi terhadap majlis responden (acara pelancaran produk) sedangkan syarikat itu telah menerima notis dan mengetahui ketidaklapangannya untuk menghadiri majlis tersebut.

Namun begitu, Chriszen Malaysia selaku responden dalam rayuan balas semalam mendakwa hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dengan secara salah memutuskan bahawa kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 yang diberikan kepada syarikat bukan sepenuhnya seperti yang dituntut oleh responden sedangkan perayu harus mengembalikan kesemua kos perkhidmatan iaitu RM102,275.

Image_3.jpg

Syarikat kosmetik itu juga mendakwa bahawa hakim tidak mengambil kira apabila hanya memberikan jumlah ganti rugi khas sebanyak RM16,869 dan ganti rugi am sebanyak RM10,000 sedangkan responden memohon bagi kedua-dua ganti rugi itu RM61,702 kerana mengalami kerugian dan hilang reputasi.

Pada 13 Oktober lalu, selepas syarikat kosmetik berkenaan memenangi kes saman, berhubung perlanggaran perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan Chriszen, tahun lalu, Nelydia diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

Katanya, Nelydia seperti tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan berkenaan kerana lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama tersebut.

Image_4.jpg

NELYDIA SENROSE DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI KEPADA CHRISZEN MALAYSIA LEBIH RM89,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker