EMMA MAEMBONG KONGSI GAMBAR PHOTOSHOOT – MATA KELABU ANAK CURI PERHATIAN

Aww ma baby @eslovestory first photoshoot with @yourstrulyphotography_kl 🥰,” demikian kapsyen yang ditulis pelakon Emma Maembong pada gambar anak sulungnya yang pertama kali melakukan photoshoot.

Emma yang selamat bersalin pada 8 November lalu itu dilihat tidak lokek berkongsikan gambar-gambar bersama puteranya meskipun masih dalam tempoh berpantang, menerusi laman Instagram miliknya.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah keunikan mata anak Emma yang kini sudah mencecah sebulan itu berwarna kelabu dan ia mendapat pujian netizen. Kata netizen lagi, pasti apabila besar kelak memiliki rupa paras yang kacak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Meskipun sudah mendedahkan wajah anaknya kepada umum, namun setakat ini Emma dan suami masih belum memaklumkan nama anak mereka.

Tetapi menerusi Instagram pelakon Aprena Manrose, dia seolah telah mendedahkan nama anak Emma apabila memanggilnya dengan panggilan ‘Baby Shariq’ ketika melawat mereka.

Untuk makluman, Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

EMMA MAEMBONG KINI BERGELAR IBU, TIMANG BAYI LELAKI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker