Gempa bumi sederhana landa Myanmar

08/12/2020 02:47 PM

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Myanmar pada 1.14 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku kira-kira 76 kilometer (km) barat dari Monywa, Myanmar pada kedalaman 89km.

Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Leave a Reply