3 warga Bangladesh keluarkan permit kerja palsu ditahan

3 warga Bangladesh keluarkan permit kerja palsu ditahan

3 warga Bangladesh keluarkan permit kerja palsu ditahan
Antara barangan yang dirampas, kes membabitkan tiga warga Bangladesh ditahan kerana proses dan jual permit kerja palsu di sekitar Shah Alam. – Foto NSTP/Ihsan Polis Shah Alam

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki Bangladesh kerana disyaki mengeluar dan menjual permit kerja palsu kepada rakan senegara sejak Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata penahanan dua suspek pertama berumur lingkungan 20 dan 30 tahun dibuat menerusi satu serbuan pada 7.30 malam di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini pada Selasa lepas.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek tinggal di Malaysia sejak kira-kira tiga tahun lepas dan bekerja di sekitar kawasan industri di Hicom Glenmarie serta didapati mula aktif menjalankan kegiatan memalsukan dan menjual permit palsu itu sejak Oktober.

“Suspek menjalankan kegiatan mengedar serta menjual permit palsu kepada warganegara asing dengan menawarkan harga yang lebih murah dan cepat dengan harga setiap permit dianggarkan sebanyak RM200 dan kebanyakannya dibeli oleh warga Bangladesh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, susulan penangkapan dua suspek terbabit, seorang lagi suspek warga Bangladesh berumur 30-an sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam malam tadi dan dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, dua suspek pertama sudah direman hingga 3 Disember manakala suspek ketiga akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Maritim tahan 44 PATI cuba masuk bekerja semula tanpa permit

3 warga Bangladesh keluarkan permit kerja palsu ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker