Hutan rumah kedua kami, kata anggota Senoi Praaq

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Dua insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand yang meragut nyawa seorang anggota Senoi Praaq atau Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) selain mencederakan dua lagi, membuka mata masyarakat terhadap kehebatan unit itu dalam menjaga keselamatan negara.

Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang’, merupakan sebuah batalion dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebahagian besarnya merupakan Orang Asli yang mempunyai ketangkasan, keberanian dan kemahiran ilmu hutan yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *