Perdagangan Malaysia-China terus diperkasa

Hebahkan !!!

08/12/2020 05:04 PM

BEIJING, 8 Dis — Perdagangan antara Malaysia dengan China dalam sepuluh bulan pertama tahun ini meningkat 3.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Duta Malaysia ke China, Raja Nushirwan Zainal Abidin baru-baru ini.

Menurut statistik terkini, perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah US$124 bilion pada 2019. Malaysia ialah rakan dagangan kesembilan terbesar bagi China.

Raja Nushirwan berkata Rancangan Lima Tahun ke-14 China menawarkan pelbagai peluang baharu kepada kerjasama dua hala, antaranya ekonomi “dwikitaran” yang akan menjadikan penggunaan domestik China sebagai enjin baharu yang telah mencetuskan pertumbuhan ekonomi China.

Katanya, sebagai sebuah negara rakan dagang utama bagi China, Malaysia bersedia untuk terlibat lebih aktif dalam pembangunan ekonomi di negara itu.

Sementara itu, sistem pasaran di China yang kian diperkukuh di samping iklim pelaburan yang semakin dioptimumkan, dilihat boleh membuka peluang kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara sekali gus mencetuskan situasi sama menang.

Dalam aspek sains dan teknologi pula, Malaysia dan China sememangnya mempunyai hubungan perkongsian yang rapat, ia jelas dilihat apabila syarikat seperti Huawei dan ZTE telah memulakan perniagaan di Malaysia lebih 20 tahun lalu. Justeru itu, kerjasama ini perlu terus diperkukuh serta dipertingkatkan lagi.

Selain itu, kedua-dua negara juga mempunyai potensi untuk meneroka kerjasama lebih luas dalam sektor perlindungan ekologi alam sekitar.

China telah mencapai kemajuan besar dalam sains dan teknologi tinggi termasuk kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT) dan sebagainya, yang boleh digunakan bagi melindungi alam sekitar.

Leave a Reply

%d bloggers like this: