Sultan Nazrin perkenan Saarani sebagai MB Perak


Datuk Saarani Mohamad

09/12/2020 07:10 PM

IPOH, 9 Dis — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abd Rahim Mohamad Nor berkata berpandukan Perkara XVI, Fasal 2 (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, pada pertimbangan Sultan Nazrin, Saarani boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar ADUN.

“Baginda menetapkan 11 pagi esok untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dibacakan Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini hari ini.

Saarani akan hadir ke mesyuarat khas MT UMNO malam Isnin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker