5 maut nahas helikopter di Banjaran Alps, Perancis

09/12/2020 11:56 AM

PARIS, 9 Dis — Kemalangan helikopter di Banjaran Alps Perancis mengorbankan lima daripada enam penumpangnya, kata Presiden Emmanuel Macron pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

“Petang ini di Savoie, tiga anggota pasukan Penyelamat Udara Perancis dan dua anggota Perkhidmatan Aérien Francais (SAF) terbunuh dalam satu nahas helikopter. Seorang mangsa cedera,” ciap Macron di Twitter.



“Sokongan dari negara kepada keluarga, rakan dan kenalan wira Perancis ini,” tambahnya.

Jabatan Wilayah Savoie mengatakan sebuah helikopter SAF terhempas sekitar jam 7 malam pada ketinggian 1,800 meter.

Helikopter itu terhempas di bandar Bonvillard.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh juruterbang, yang berjaya melentingkan diri.



Helikopter itu, yang dimiliki SAF, sebuah syarikat swasta, dilaporkan menjalankan misi menyelamat ketika ia terhempas.

Keadaan berkabus menyukarkan tugas mengesan bangkai helikopter berkenaan.

Perancis terpaksa lupakan khidmat Aouar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button