ABBY ABADI SUDAH EMPAT HARI DEMAM – KELUARGA TURUT KURANG SIHAT

Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Abby Abadi memaklumkan keadaan kesihatan dirinya yang terjejas akibat demam sejak empat hari lalu. Tambah Abby, bukan sahaja dirinya, bahkan ahli keluarganya yang lain juga berada dalam keadaan kurang sihat.

“Assalamualaikum. Hai, banyak hari tak muncul. Hari ini baru mama (panggilan diri Abby) macam ada tenaga sikit. Mama demam empat hari dah. Darda dari semalam. Hari ini nampak teruk sikit dia. Tak apalah budak nak membesar memang beginilah,” kata Abby.

Pada masa sama, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 43, memberitahu dua anak angkatnya lagi juga mengalami demam yang tidak menentu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Daiyan, Dayana on off. Abah pun on off tapi Abah lawan sebab ada kerja. Kakak abang yang lain? Sihat-sihat belaka sebab makan cukup semua,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abby turut memohon maaf apabila tidak dapat menyalurkan dana bantuan Wallet Kasih PKP untuk beberapa hari ini.

“Wallet Kasih PKP pun terpaksa berehat sekejap sebab mama tak boleh pegang telefon lama, pening. Jadi berbaki RM5,000 akan saya agihkan nanti Insya-Allah. Jangan mendesak,” pintanya.

Image_3.jpg

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikut Abby mendoakan agar pelakon ‘Gerak Khas’ itu dan keluarga segera sembuh. Tidak ketinggalan, pelakon Memey Suhaiza turut mendoakan kesembuhan Abby sekeluarga.

“Allah… semoga cepat sembuh mama dan si kenit bertuah. Ada nak makan apa-apa ke nanti mummy hantar, jaga diri,” komen Memey.

Untuk makluman, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015. Pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, masing-masing dua tahun serta Maira Darda Farisa berusia tujuh bulan. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama pelakon Norman Hakim, Abby turut mempunyai tiga lagi cahaya mata.

Image_4.jpg

Leave a Reply