BILA CIK B JADI PELAWAK PULA, SELEPAS BERGELAR PELAKON & PENYANYI

Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B nampaknya mahu mencuba nasib sebagai pelawak pula dengan menyertai Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2), selepas menceburi bidang lakonan dan nyanyian.

Mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya, Cik B berkata dia mahu mencabar dirinya menyertai program itu dengan melakukan skesta komedi sambil menyanyi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, turut teruja apabila ibunya memberikan sokongan penuh untuk dia bersaing dalam pertandingan tersebut.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya gembira kerana bukan senang untuk masuk ke Muzikal Lawak Superstar ini, lagipun ibu beri galakan dan sokong apa juga keputusan saya. Saya sahut cabaran dalam bidang ini dan nak tonjolkan kelainan dengan serlahkan sisi komedi selain menyanyi dalam program ini,” katanya.

Dalam Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2), Cik B akan bergandingan dengan pasangan pelawak iaitu Chiwan dan Achok Chilok dengan membentuk kumpulan baharu yang diberi nama ABC.

Program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) bakal bersiaran pada Jumaat jam 9 malam di Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127). Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) masih mengekalkan format ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan.

Image_3.jpg

Selain itu, pelakon popular iaitu Nur Fazura, Zul Ariffin dan Datuk Awie berperanan sebagai juri tetap program lawak itu. Program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) menampilkan sebanyak 13 kumpulan bertanding bagi merebut gelaran juara.

Sementara itu, juara musim pertama iaitu kumpulan J-Born yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Vicha turut memberikan saingan. Namun, Vicha tidak dapat memberikan komitmen terhadap pertandingan ini dan tempatnya digantikan dengan pelawak Man Raja Lawak.

Antara selebriti yang terlibat dalam Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas.

Image_4.jpg

13 kumpulan bersaing dalam Muzikal Lawak Superstar 2:

UNI – Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC
J-BORN – Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman
STAMP – Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura
GOJES – Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor
ABC – Chiwan Chilok, Achok Chilok, Cik B
HEART – Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers
TERUNA – Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari
ZOMBI – Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn
VIRAL – Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman
ZUZUZU – Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF
MASHUK – Syuk, Achey Bocey, Mark Adam
LEKLU – Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo
JAGO – Chot XOXO, Yus Skool of Lawak, Fiza Thomas
PUPPET – Shariff Zero, Rul Puppet, Wan Puppet

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

Leave a Reply