COVID-19: Iran mahu hasilkan vaksin sendiri


Hassan Rouhani

09/12/2020 07:16 PM

TEHRAN, 9 Dis — Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata kerajaannya menyediakan rancangan serampang dua mata dalam memerangi COVID-19 iaitu menghasilkan vaksin sendiri dengan bantuan saintis tempatan dan membelinya dari luar negara, lapor agensi berita IRNA.

Pada petang Selasa, Rouhani menghadiri Mesyuarat Jawatan Kuasa Khas Memerangi COVID-19 di Ibu Pejabat Kebangsaan.



Beliau berkata, jawatankuasa itu memberi tumpuan terhadap dua perkara, pertamanya dengan melaksanakan dan menguatkuasakan protokol penjarakan fizikal, saringan pintar dan kuarantin kerana ia dianggap kaedah terjamin.

Keutamaan kedua menyediakan kemudahan untuk penghasilan vaksin kepada ahli sains dan pakar tempatan selain membeli pelalian dari luar negara.

Mengulas mengenai sekatan barangan keperluan termasuk vaksin ke atas rakyat Iran yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Rouhani berkata kelakuan Trump itu suatu yang terkutuk.

Iran rancang jual lebih banyak senjata



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button