ELYANA MAKIN KURUS – KANSER HAMPIR TAHAP 5, KINI MEREBAK KE RAHIM, HATI & PANGKAL PAHA

Hebahkan !!!

Semua sedia mengenai penyanyi Elyana, 33, yang menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun. Terkini, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapinya itu semakin serius dan hampir memasuki tahap lima.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata bulan lalu doktor memaklumkan sel kanser berkurangan namun kini ia turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan. Ia merupakan satu berita gembira buat saya. Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha,” jelasnya.

Tambah Elyana, dia kini berusaha kuatkan semangat untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari: “Walaupun memang saya perlukan kata-kata semangat daripada orang lain, tetapi tidak boleh terlalu berharap. Jalan terbaik ialah saya sendiri harus ingatkan pada diri sendiri untuk terus kuat.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Memberi semangat kepada diri sendiri adalah rutin saya setiap hari dalam menghadapi dugaan ini. Saya akan terus berjuang dan bertahan demi keluarga yang ada di sisi memberi sokongan,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Kalis Rindu’ itu.

Berbicara keadaannya kini, Elyana berkata, dia masih sihat tetapi perlu banyak berehat kerana cepat penat serta tak boleh berjalan banyak. Menurut Elyana, doktor mahu dia menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin, namun ia terpaksa ditangguhkan seketika berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Saya hilang selera makan dan berat badan kini hanya 41 kg (kilogram). Dalam badan saya ketika ini tiada lemak dan hanya tulang sahaja. Saya dah tak ada selera makan sejak beberapa bulan lalu dan kini badan memang lemah. Apapun, saya perlukan masa untuk menguatkan badan dahulu sebelum melakukan rawatan kemoterapi itu,” ujarnya.

Image_3.jpg

Penyanyi lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu turut memberitahu, biarpun saiznya masih kecil, namun sekiranya membesar ia boleh memberi kesan pada tulangnya selain berisiko lumpuh.

Biarpun berdepan masalah kesihatan, Elyana tidak mahu menampakkan dirinya sakit dan sentiasa ceria supaya dapat memberi motivasi bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi pesakit kanser lain.

Elyana yang membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. Katanya, kali terakhir dia melakukan rawatan kemoterapi ialah pada 2016.

Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: