LINDA GERAM, SEDIH IG DIGODAM: “MARA KE FINAL MACAM-MACAM BENDA BERLAKU”

“Panic and stressed bila account lama ( lindananuwil ) kena hacked! Nak masuk minggu semi final & mara ke final macam2 benda berlaku. Marah, geram and nak nangis pon ada..

“Tapi it’s ok la.. pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini.. bersabar saja .. let’s start fresh and move forward!!❤️❤️,” demikian tulis penyanyi yang juga bintang program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Linda Nanuwil.

Linda yang merupakan naib juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu telah memaklumkan akaun Instagram miliknya telah digodam individu yang tidak bertanggungjawab.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Linda berkongsi berita tersebut bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram yang baharu. Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun ini meluahkan rasa sedih dan marah mengenai insiden tersebut.

Dalam perkembangan lain, Linda antara 7 peserta yang telah berjaya mara ke pentas akhir GV7 pada Ahad hadapan. GV7 diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung di Astro Ria.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

AISHAH LUAH GERAM NORANIZA IDRIS DIKUTUK: “MACAM DIA PANDAI SANGAT TENTANG MUZIK…”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker