Mahkamah Agung AS tolak permohonan Republikan sekat kemenangan Biden


Joe Biden (Photo: Brian Cahn/ZUMA Wire/dpa)

09/12/2020 11:42 AM

WASHINGTON, 9 Dis — Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menolak usaha Republikan untuk menyekat kemenangan bakal Presiden Joe Biden di Pennsylvania, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah menolak permohonan untuk membatalkan keputusan pilihan raya, yang telah disahkan Gabenor Tom Wolf.



Pennsylvania mempunyai 20 undi elektroral, yang akan bersidang pada 14 Disember untuk memberi undi mereka secara rasmi kepada Biden.

Keputusan mahkamah itu memberikan satu lagi tamparan hebat terhadap usaha Presiden Donald Trump selama ini.

Mahkamah Agung tidak memperincikan keputusannya yang menolak usaha terakhir sekutu Trump, dan tidak menyatakan perbezaan pendapat di antara sembilan hakim tersebut.

Biden menang lebih 80,000 undi berbanding Trump di Pennsylvania, menurut The Associated Press.



Trump berulang kali mendakwa beliau menjadi mangsa penipuan besar-besaran setelah kalah dalam pilihan raya 3 November. Tetapi Trump atau sekutu politiknya atau pasukan perundangannya tidak dapat mengemukakan bukti jelas yang dapat menyokong dakwaan tersebut.

Biden enggan berdebat dengan Trump jika masih dijangkiti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker