Rakyat Malaysia antara lima ditahan disyaki culik ahli perniagaan China di Bangkok


Leftenan Jeneral Pakapong Pongpetra Photo Source : Nation Thailand

09/12/2020 11:24 PM

BANGKOK, 9 Dis — Polis Thailand menahan lima suspek termasuk seorang rakyat Malaysia yang disyaki terlibat menculik seorang ahli perniagaan dari China di Bangkok.

Lelaki berusia 49 tahun itu, yang merupakan seorang pemandu pelancong, dan empat lelaki rakyat Thailand telah ditahan di sebuah pusat peranginan dalam wilayah Suphan Buri, kira-kira 100 kilometer dari Bangkok pada Selasa.



Ketua Biro Polis Metropolitan Leftenan Jeneral Pakapong Pongpetra berkata ahli perniagaan berusia 43 tahun itu telah diculik di Sukhumvit Soi 39 di Bangkok pada kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) pada Sabtu.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata suspek rakyat Malaysia telah menghubungi rakan mangsa dan menuntut 3 juta yuan (RM1.86 juta) sebagai tebusan.

β€œSiasatan dijalankan selepas rakan mangsa memaklumkan insiden penculikan itu kepada Subbahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak.

β€œBerdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengesan kesemua suspek di sebuah pusat peranginan dalam wilayah Suphan Buri pada Selasa.



β€œPolis berjaya membebaskan ahli perniagaan itu dan memberkas kelima-lima suspek,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pakapong berkata siasatan awal menunjukkan terdapat pertikaian perniagaan antara mangsa dan seorang daripada suspek yang mungkin membawa kepada penculikan itu.

Beliau berkata sekurang-kurangnya tujuh suspek terlibat dan dua daripada mereka yang dipercayai rakyat Myanmar masih bebas.

Disyaki terlibat Macau Scam, judi dalam talian, 20 anggota dan pegawai polis ditukar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker