SILTERRA 2.0 – KEPENTINGAN NEGARA, APA PENDIRIAN KHAZANAH?

SilTerra perlu kekal jadi syarikat milik Malaysia
SilTerra Malaysia Sdn

 

Sehingga tamat tarikh tutup bidaan pembelian SilTerra, Khazanah ada 2 pilihan syarikat tempatan. Jika benar ketika pemerintahan Perikatan Nasional ini akan
memastikan kepentingan negara dan rakyat diutamakan, di antara Green Packet dan Dagang Nexchange Berhad (Dnex), yang mana satu benar-benar utamakan

kepentingan negara dan rakyat?

Green Packet targets back to black in 2018



Keutamaan kepentingan negara dalam masa depan SilTerra juga telah dibawa ke dalam parlimen pada 7 Disember lalu. Lantas apa jawapan jaminan Menteri PN?

“Yang pertamanya saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor bahawa Jemaah Menteri sedang menyediakan satu memorandum bersama oleh MOSTI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan untuk kita membuat pendirian “national interest” sebelum keputusan dibuat
berkenaan dengan masa depan Silterra.”

DNeX embarks on transformation initiatives

Ini juga adalah peringatan untuk Khazanah Nasional dan jemaah Lembaga Pengarah yang diPengerusikan Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin di dalam Parlimen;



“Jadi pihak Khazanah Nasional telah dimaklumkan bahawa sebelum sebuah keputusan dibuat berkenaan dengan Silterra, ia mesti terdahulu dibincangkan di
peringkat Jemaah Menteri supaya keputusan national interest dibuat berkenaan denganmasa depan Silterra tersebut”

Apakah hanya ia syarikat tempatan bakal memenuhi tuntutan kepentingan negara? Apakah kriteria bersih dari sebarang penyelewengan tidak diambil kisah?

Green Packet menawarkan pemilikan 55:45 dalam pembelian SilTerra. Namnun, media negara ini pernah mendedahkan yang anak syarikat Green Packet sedang
disiasat SPRM kerana terdapatnya penyelewengan dalam pengambilalihan TM seperti berikut;

“NST – Puan returns to lead Green Packet amid former subsidiary’s MACC probe” pada 2 Julai 2019.



Puan returns to lead Green Packet amid former subsidiary’s MACC probe

Apakah telah selesai siasatan SPRM ini atau berkemungkinan kes ini bakal ditutup sahaja?

Dagang Nexchange Berhad (Dnex) pula menawarkan 60:40 pegangan dan ini adalah tawaran tertinggi berbanding dengan yang lain, hanya untuk memastikan SilTerra
kekal berada dalam milik syarikat tempatan. Malahan Dnex bersama rakan niaga mereka dari China akan mengemukakan tawaran kontrak dagangan.

Kedua-dua syarikat tempatan ini menawarkan suntikan modal yang lumayan. Persoalannya sekarang, yang mana satu akan dipilih Khazanah?



Apakah tabiat PH yang tidak langsung mengutamakan kepentingan negara masih tebal dalam PN? Benarkah Khazanah akan dapat kelulusan kabinet menteri sebelum membuat
keputusan?

Oleh Rahman Komando

rahmankomando38

SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0



SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0

SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button