SITI NURHALIZA BERSYUKUR DIANGKAT ANTARA 100 SELEBRITI PALING BERPENGARUH DI ASIA PASIFIK

“Alhamdulillah. Semoga usaha kecil ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama-sama. Thank you so much @forbesasia,” kata penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila tersenarai antara 100 selebriti paling berpengaruh di media sosial di rantau Asia Pasifik.

Hanya berhasrat ingin membantu golongan yang terkesan terutama sekali pengusaha makanan ketika pandemik COVID-19 dengan mempromosikan produk makanan yang dihantar ke pintu rumahnya di laman Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti ini, kini telah mendapat perhatian media antarabangsa, Forbes.

Penyenaraian itu dibuat Forbes atas usahanya membantu golongan yang terjejas dengan mempromosikan perniagaan mereka kepada kepada hampir 8 juta pengikutnya di laman Instagram. Bahkan, detik gembira itu juga turut dipahat Tokti menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman tersebut tempoh hari.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Laporan juga menyatakan, selain aktif berinteraksi dengan pengikutnya, pemilihan itu dibuat berdasarkan pengaruh penyanyi yang kini hamil anak kedua itu di laman sosial.

Lebih menarik, selain Tokti, usahawan tersohor tanah air iaitu Neelofa juga antara yang tersenarai bersama nama-nama besar lain termasuklah Blackpink, EXO, Amitabh Bachchan, Jay Chou, Akshay Kumar dan Chris Hemsworth.

Untuk rekod, selain menghulurkan bantuan terutama sekali ketika pandemik COVID-19, pemilihan itu ditentukan berdasarkan kemampuan selebriti itu sendiri menggunakan pengaruhnya dalam meningkatkan kesedaran kepada orang ramai.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker