Tiada cadangan kenakan levi terhadap perkhidmatan feri ke Langkawi


Hari kedua, persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis kali ke-14

09/12/2020 12:43 PM

KANGAR, 9 Dis — Kerajaan Perlis tidak bercadang untuk mengenakan levi ke atas tiket bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri penumpang dan feri kenderaan (Feri Ro-Ro) dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.

Exco Kemudahan dan Prasarana Awam, Pengangkutan, Belia dan Sukan, dan Badan Bukan Kerajaan, Hamizan Hassan berkata buat masa ini kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mengenakan levi berikutan semua kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuaan.



“Tiada peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi kemudahan tersebut, namum kerajaan negeri akan mengkaji perkara ini dan jika terdapat kesesuaian pada masa hadapan, perkara tersebut akan dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Azam Karap (PH-Kuala Perlis) yang ingin mendapat pencerahan sama ada kerajaan negeri bercadang untuk mengenakan levi terhadap tiket feri penumpang dan feri kenderaan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi bagi menambah kutipan hasil kerajaan negeri.

Feri Marine Star 2 terkandas di laluan Kuah-Kuala Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker