WANI COMEL DISAHKAN HIDAP KOMPLIKASI JANTUNG BENGKAK, SELEPAS JANGKITAN PARU-PARU
“Wani dah dibenarkan pulang dan kini berada di rumah saya di Puchong, Selangor. Buat masa ini dia tak boleh balik ke rumahnya di Pahang kerana perlu berjumpa pakar berkaitan untuk pemeriksaan lanjut.
“Wani kata sebelum ini dia tak pernah ada sakit jantung dan memang terkejut apabila dimaklumkan menghidap komplikasi jantung bengkak dan lemah. Dia perlu dirujuk dengan doktor yang melakukan pembedahan ususnya sebab mungkin ini ada kaitan… cuma sekarang ini kita belum tahu laporan lengkap kesihatannya.
“Wani memang sedih apabila dapat berita itu dan dia menangis semasa bercerita petang itu!” kata wakil kepada Wani Comel yang dikenali sebagai Aishah.
Selepas dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru, Wani disahkan pula menghidap komplikasi jantung bengkak. Wakil Wani memberitahu bahawa gadis berusia 23 tahun itu perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut dari pakar kardiologi di sebuah hospital kerajaan minggu depan.
Klik untuk gambar besar
Pada Isnin lalu, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya kira-kira pukul 9 pagi selepas berdepan dengan masalah pernafasan dan dimaklumkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Sementara itu, Aishah berkata Wani masih perlu mengambil ubat bagi memastikan paru-parunya itu bebas dari jangkitan kuman.
“Alhamdulillah paru-parunya semakin baik cuma dia masih kena makan ubat… doktor pun minta dia makan bubur saja. Sekarang ini hanya berehat di rumah saya,” jelas Aishah lagi.
Pada Rabu, Wani menerusi Instagram memaklumkan dia disahkan menghidap komplikasi jantung bengkak. Sebelum ini, Wani yang berdepan masalah berat badan hampir 300 kilogram meluahkan rasa kecewa dan mendakwa seorang usahawan kosmetik terkenal menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah.
Terdahulu, Wani berharap masalah berat badannya selesai selepas menjadi duta produk ubat kurus usahawan kosmetik terkenal itu namun hampa.
Justeru, gadis malang itu terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.
Beberapa hari selepas itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri pula menjelaskan pada sidang media di kediamannya yang semua dakwaan Wani adalah palsu dan seolah-olah mahu menjatuhkannya.
“DIA BUKAN ISTERI, MAK BAPAK SAYA UNTUK KAYAKAN” – ALIFF SYUKRI NAFI DAKWAAN WANI COMEL