Kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya

11/12/2020 01:38 AM

LAHAD DATU, 10 Dis — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dibaham buaya ketika sedang mandi di sebuah sungai di Kampung Sabah Baru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika kanak-kanak itu bersama rakannya sedang mandi di sungai sebelum tiba-tiba diserang reptilia berkenaan.



“Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian bergegas memaklumkan perkara itu kepada bapa kanak-kanak itu. Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya diaktifkan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan terapung dengan kesan gigitan di bahagian pinggang, perut dan dada pada 3.30 petang, kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

PENDUDUK TUNTUT WANG UNTUK SERAHKAN BUAYA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button