Mohamad Hakimi, Asnan sertai TFC

11/12/2020 01:16 AM

KUALA TERENGGANU, 10 Dis — Terengganu FC (TFC) terus mengikat pemain muda bagi mempersiapkan pasukannya menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan dengan mengumumkan dua lagi pemain baharunya, Mohamad Hakimi Abdullah dan Asnan Ahmad.

TFC dalam satu kenyataan malam ini berkata bekas penyerang berbisa Kelantan, Mohamad Hakimi, 21, yang dominan dengan kaki kiri itu bakal menambahkan lagi pilihan buat Ketua Jurulatih Nafuzi Zain untuk memiliki pemain sayap yang berkualiti.

“Jaringan hatrik yang berjaya dihasilkan ketika perlawanan menentang UKM FC dalam saingan Liga Premier 2020 telah menaikkan lagi nama pemain ini dalam arena bola sepak tempatan. Beliau juga pernah mendapat panggilan untuk skuad B-20 Kebangsaan di bawah kendalian Bojan Hodak.

“Pada usia 21 tahun, masih banyak cabaran yang perlu dilalui oleh Mohamad Hakimi untuk meletakkan nama beliau di peringkat tertinggi terutama dengan persaingan daripada rakan sepasukan baharu yang semestinya akan bersaing secara sihat untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama,” kata kenyataan itu sambil memaklumkan pemain itu telah mengikat kontrak selama dua tahun dengan TFC.

Mohamad Hakimi, yang akan menyarung jersi bernombor 16 itu, berkata beliau akan sentiasa komited untuk berusaha dengan gigih di samping menimba ilmu daripada pemain-pemain berpengalaman yang ada dalam Skuad Penyu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan TFC berkata karektor Asnan selaku kapten UKM FC yang dilihat sentiasa positif dan tenang sepanjang beraksi di atas padang berjaya menambat hati pengurusan TFC untuk mengikat pemain berusia 27 tahun itu selama setahun.

Semasa bersama UKM FC, Asnan berjaya membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala Cabaran sebanyak dua kali iaitu pada 2018 dan 2019.

“Mungkin persekitaran kali ini sedikit berbeza untuk ditempuhi oleh Asnan, namun semangatnya jelas untuk menyahut cabaran yang bakal dilalui bersama pasukan TFC dan mengharapkan sokongan berterusan daripada penyokong setia TFC untuk membantu moral pemain baharu dan juga pemain sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, TFC mengumumkan dua bekas tonggak pasukan Kelantan Mohd Shahrul Nizam Ros Hasni dan Nik Akif Syahiran Nik Mat; bekas pemain skuad Tok Gajah, Mohd Faisal Abdul Halim dan bekas pemain UiTM FC, Muhamad Arif Mohamed Anwar menyertai Skuad Penyu bermula musim depan.

TFC puas hati ketiga liga

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker