Presiden Maduro ajak rakyat Venezuela fokus pulihkan negara


Nicolas Maduro (Photo: Marcelo Garcia/Prensa Miraflores/dpa)

11/12/2020 02:04 AM

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Presiden Venezuela Nicolas Maduro menyeru rakyat Venezuela menumpukan kepada pemulihan negara itu susulan kemenangan parti perikatan pimpinannya pada pilihan raya parlimen Ahad lalu.

Menurut kenyataan Kedutaan Venezuela di Malaysia hari ini, Maduro menggesa rakyat “ketepikan ego dan pentingkan diri sebaliknya bersama-sama duduk berbincang, utamakan agenda dan mulakan usaha melakar sejarah baharu.”

Presiden itu berkata kerajaannya akan menumpukan dua sasaran — terhadap pemulihan ekonomi dan memberi sokongan kepada usahawan, sektor pengeluaran dan dialog politik untuk memulihkan ekonomi.

“Kami telah memenuhi satu objektif, kuasai semula Parlimen dengan aman menerusi undi popular. Terbukti, Venezuela dapat menjalankan pilihan raya dengan aman,” katanya pada sidang media, Selasa.

Maduro berkata 2020 menyaksikan ujian berganda berikutan COVID-19 dan tekanan memuncak Amerika Syarikat tetapi ia mampu ditangani Venezuela dengan caranya sendiri.

Beliau berkata tekanan itu bukan hanya daripada segi ekonomi, perdagangan, bahan api, minyak dan makanan, tetapi juga menerusi saluran media yang disifatkannya tindakan kejam dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Campur tangan dunia harus ditamatkan, undang-undang antarabangsa mesti dihormati, dan tiada pihak yang berhak mencampuri hal ehwal dalaman mana-mana negara,” katanya.

Beliau berkata, Parlimen yang baru dipilih akan mempunyai barisan pemimpin pembangkang yang mempunyai peranan penting selain badan perundangan itu akan menjadi mekanisme dialog utama.

Menurut agensi berita Xinhua, presiden Majlis Pilihan Raya Nasional (CNE) Indira Alfonzo pada Isnin mengumumkan parti gabungan kerajaan memperoleh majoriti dengan 67.6 peratus undi daripada 82.35 peratus undi yang dikira.

Pilihan raya itu diboikot hampir keseluruhan parti pembangkang.

Venezuela: Maduro kembali kuasai Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker