Armenia: Penunjuk perasaan cuba pecah masuk bangunan kerajaan

11/12/2020 03:36 PM

YEREVAN (Armenia), 11 Dis — Penunjuk perasaan yang menuntut pengunduran Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan pada Khamis cuba memecah masuk ke dalam bangunan kerajaan ketika mesyuarat Kabinet sedang berlangsung, lapor Agensi Anadolu.

Berlaku pertempuran apabila polis campur tangan menyebabkan 40 penunjuk perasaan ditahan.

Protes mula tercetus di Armenia bulan lalu apabila Pashinyan menerima kekalahan dan menandatangani perjanjian dengan Azerbaijan serta Rusia untuk menghentikan pertempuran di wilayah Nagorno-Karabakh.



Pada Sabtu, parti-parti pembangkang Armenia memberi Pashinyan tempoh sehingga 8 Disember untuk meletak jawatan, dan jika gagal berbuat demikian mereka akan mengadakan bantahan di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button