PENDAKWAH SELEBRITI GUNA TAKTIK TUKAR BAJU SEBELUM CABUL & ROGOL MANGSA

Nampaknya sehingga kini, isu mengenai pendakwah selebriti sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan. Pendakwah selebriti yang masih direman kerana dikaitkan dengan kes salah laku seksual itu dikatakan menggunakan taktik mahu menukar baju sebelum mempelawa mangsa ke rumahnya.

Memetik laporan Utusan, satu sumber berkata maklumat tersebut terdedah hasil soal siasat terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dengan kes seksual itu.

“Berdasarkan siasatan semua kes cabul dan rogol membabitkan mangsa-mangsa berlaku di rumah pendakwah. Mangsa-mangsa akan mengikut pendakwah berkenaan ke rumahnya selepas pendakwah itu Beri alasan mahu tukar baju.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Bila berada di dalam rumah, ketika itu pendakwah berkenaan didakwa mengambil kesempatan mencabul dan rogol mangsa,’ katanya sumber tersebut.

Dalam pada itu, dedah sumber itu lagi rata-rata mangsa mengakui tertarik dengan pendakwah berkenaan yang juga fasih berbahasa Arab serta popularitinya.

“Kebolehan itu kerana dia pernah menetap di Mesir dengan bapanya. Kelebihan berbahasa Arab membuatkan ramai tertarik dengannya selain popular sebagai da’i. Tiada unsur jampi atau ilmu sesat digunakan untuk memperdaya mangsa,’ jelas sumber.

Pendakwah selebriti direman lima hari lagi berhubung dakwaan rogol

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker